Soalan Lazim

*Sila klik pada soalan yang disenaraikan di bawah untuk mendapatkan jawapan.

Apakah perasa atau filling yang ada?

1. Terdapat beberapa jenis perasa@filling:

  • Blueberry
  • Kaya
  • Coklat
  • Strawberry
  • Peanut
  • Kacang merah

2. Syarat-syarat pemilihan Perisa & Warna:

  • 50 – 100pcs – Up to 3 flavour & colour.
  • 150 pcs ke atas – maksimum 6 colour dan perisa blh mix apa apa je…kalau banyak sgt pun x cntik jugak kan..hehe
  • Colour boleh pilih mengikut tema dan kehendak anda.
  • Packing seperti ribbon atau box jugak blh dipilih @ di tentukan oleh anda sekiranya ada stok(warna).

*Kami akan maklumkan sekiranya kehabisan stok perasa.

Dimanakah cawangan anda?

Cawangan Damansara-Damansara Damai 

E-4-30, Blok E, Apartment Lestari,
Jln PJU 10/1B, Damansara Damai, Sg.Buloh,
47830 Petaling Jaya.

Waktu Pick-up:   Anytime =)

———————————————————————

Cawangan Subang Bestari (Ditutup Sementara)

M6-2-16, apt sri bintang,
Jln Nova u5/45, Seksyen U5,
Subang Bestari, 40150 Shah Alam

Waktu Pick-up:   Anytime =).

———————————————————————

Cawangan Ampang-Pandan Indah
4A, Jln Pandan Indah 4/25,
Pandan Indah, Ampang.

Waktu Pick-up:   Anytime =).

Bagaimana dengan khidmat penghantaran yang disediakan dan kos?

1.  Pos Laju

Penghantaran akan dilaksanakan dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju (Dijamin sampai besok – dorang kata hehe).

Pos Laju selalunya mengambil masa sehari (next day) bagi penghantaran apam untuk seluruh Semenanjung Malaysia dan dua hari untuk Sabah dan Sarawak (penghataran ke Kota Kinabalu & Kuching sahaja).

[Penting] Penghantaran pos hanya dilaksanakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu sahaja. Kami tidak dapat menerima tempahan yang memerlukan penghantaran pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi mengelakan apam tersangkut di Pusat Penghantaran Pos kerana Sabtu dan Ahad Pos Laju bercuti.

Kos terkini untuk Semenanjung/Sabah&Sarawak

• poslaju 50pcs – RM10 / RM15
• poslaju 100pcs – RM14 / RM22
• poslaju 150pcs – RM22 / RM27
• poslaju 200pcs – RM27 / RM30
• poslaju 250pcs – RM30 / RM38
• poslaju 300pcs – RM38 / RM42

*Untuk masa sekarang, tempahan sebanyak 300 biji dan ke bawah sahaja akan hanya dihantar menggunakan khidmat pos laju.

*Sekiranya melebihi jumlah tersebut, untuk pelanggan yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor kami akan cuba untuk menghantar sendiri (by hand delivery).


2.  By Hand Delivery (BHD) << Kami hantar sendiri =)

  • Penghantaran By Hand Door To Door hanya akan dilakukan bagi Pelanggan di Selangor (area sekitar Shah Alam/Subang/Damansara/Kota Damansara/Petaling Jaya) dan Kuala Lumpur sahaja. Tempahan haruslah melebihi 300 biji.
  • Cas penghantaran cuma RM5 - RM30 (ikut kawasan dan jarak) dan buat masa sekarang penghantaran hanya pada hari Ahad sahaja. NAMUN, sekiranya anda ada special event pada hari selain Ahad, mohon maklum kami dengan lebih awal (semingu sebelum) untuk kami cuma slotkan masa bagi penghantaran tersebut. InsyaAllah kami akan usahakan. Keceriaan anda matlamat kami =)

3.  Self Pick-Up

  • Anda juga boleh ambil sendiri di cawangan2 terdekat kami. Tentunya tiada cas penghantaran =)

Bagaimana dengan prosedur pembayaran?

1. Tempahan berharga RM100 ke bawah hendaklah dibayar penuh (full payment) setelah anda confirmkan tempahan supaya kami dapat mengutamakan tempahan anda dari tempahan yang masuk seterusnya.

2. Tempahan berharga RM100 ke atas, pembayaran 50% deposit hendaklah dibayar setelah anda confirmkan tempahan dan baki selebihnya haruslah dibayar sebelum 3 hari dari tarikh delivery.

3. Pembayaran penuh atau duit booking tidak akan dipulangkan sekiranya anda batalkan tempahan. Namun begitu, anda boleh postpone ke tarikh lain mengikut kesesuaian (Mestilah sekurang2nya 3 hari sebelum tempahan).

4. Wang pembayaran akan dire-fund sekiranya pihak apampolkadot sendiri terpaksa   membuat pembatalan tempahan. Cth : emergency case…

PENTING: Sekarang pihak kami sudah TIDAK lagi mengambil cara pembayaran Cash On Delivery (COD) disebabkan beberapa kes tempahan tidak diambil. Pembayaran 50% deposit adalah bagi menjamin keselamatan untuk kedua-dua belah pihak =).

Berapa lama apam boleh bertahan?

  • Apam nie mengikut rekod maksimum boleh tahan selama 3-4 hari. InsyaAllah.

Bagaimana sekiranya Apam yang di Pos bermasalah?

1. Sekiranya apam yang dihantar dan diterima telah berkulat (kurang dari 4 hari), pihak kami tanpa banyak persoalan akan terus menghantar apam yang baru kepada anda sebagai tanda memohon maaf.

2. Sekiranya kotak apam yang dihantar telah rosak (careless handling), pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat bertanggungjawap sepenuhnya, ianya kesalahan pihak Pos. Namun kita akan berusaha untuk buat dispute/bantahan kepada pihak Pos dan akan cuba untuk mendapatkan pulangan wang anda. Mohon pihak anda untuk mengambil gambar (apam rosak) dengan segera dan send kepada kami untuk tindakan lanjut. Kami akan usahakan yang terbaik. InsyaAllah.

3. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat bertanggungjawap sepenuhnya sekiranya apam yang dihantar tidak sampai pada waktu yang dijanjikan oleh pihak Pos (next day delivery). So far hanya terdapat beberapa kes kacil apam sampai dalam masa 2 hari (sepatutnya sehari). Namun insyaAllah, apam tersebut masih boleh dimakan.

*Bagi memastikan Apam yang di Pos tidak rosak, kami telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah pencegahan seperti membuat packaging dengan cara yang lebih selamat.

Waktu bila email Tempahan dan Pertanyaan akan dijawap?

Buat masa sekarang, Bahagian Jualan dan Khidmat Pelanggan masih belum berkeupayaan untuk Online 24 jam bagi menjawap email tempahan dan pertanyaan. InsyaAllah kami tengah usahakan untuk menambahkan krew dari masa ke semasa =)

Masa kami online adalah (selalunya):

  • 9 pagi – 1 petang
  • 2 petang – 5 petang
  • 10malam-1 pagi

Harap ianya sedikit sebanyak membantu =)

—————————————————————————————-

Dari masa ke semasa saya akan cuba kumpulkan soalan-soalan yang lazim ditanya dan semoga ianya bermanfaat kepada kita bersama. Sekiranya anda memiliki sebarang persoalan, anda boleh menghubungi saya melalui menu Hubungi ataupun hanya tinggalkan komen pada mana-mana ruang komen yang anda rasa bersesuaian dengan persoalan anda. InsyaAllah saya akan menjawapnya secepat mungkin…

 

Your satisfaction is our concern =)


143 Responses to Soalan Lazim

  1. kiki says:

    WAH!!!! murah nyew ……

  2. miela omar says:

    blh smp klatn x andin..hehe
    nk tmph tuk befday….blh x?
    tp nk bank in ke cm ne?

  3. Mr.Anep says:

    mcm mane nk jg agen..leh tak PM harge kat topup2me@gmail.com..dan pic tok saiz kecil dan besa…mcm mane nk dapatkan sample..saya dok area shah alam

  4. yanazaire says:

    as’salam..mcm mana nak jd agen ye…blh pm @ e-mail sy di yana_nurkasih85@yahoo.com

  5. Faten says:

    Salam…
    sya nak tnya psal apam polkadot…
    bleh tak kalau sya nak tempah 200 apam polkadot…
    asingkan 100, 100
    dalam 100 tu (50 inti strawberi , 50 inti blueberi)
    yang 100 lagi tu (50 strawberi, 50 coklat)
    sya nak ambil pada 26/08/2011…
    Ambil tempahan lg x?

    • admin says:

      Salam puan Faten,

      Untuk tarikh tue sebenarnya dah penuh, tapi nanti saya info puan balik yer…saya kena tengok kot2 saya boleh selit2 lagi hehe…tapi saya tak berani janji yer… tinggal 15hb – 19hb jer masih kosong =)

      Tapi apa2 untuk tarikh tue saya maklum balik yer puan, terima kasih =)

  6. nurul says:

    Salam.

    Just nak tau, kalo kita nak tempah end of this month, boleh ke?

    And, kalo kita nak tempah utk engagement / wedding, yg custom-made harga sama ke lain?

    • admin says:

      Salam puan Nurul, salam Aidilfitri =)

      Boleh2 insyaAllah.

      Cuma yang custom-made tue maksud Puan mcm mana yer? colour lain2 atau bentuk lain2?

      InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu =)

      Terima kasih

  7. ctdhania says:

    kalau kawasan banting kira macam mana ye? postage?if order byk postage mcm mane?

    • admin says:

      Salam puan ctdhania =),

      Untuk banting pick up point kat ‘jusco bukit tinggi’ … delivery rm10. Tak kisah banyak mana =). Selagi muat sebiji kereta =)

  8. Pingback: Sampai hati nak makan LadyBug nie? huhuhu… | Apam Polkadot

  9. Shasha says:

    Nak order 300 bijik.. 24hb nih.. sabtu..errr.. boleh lagi ker?

  10. Azlina says:

    Salam aidilfitri, kalau sy nak order 200 pcs, filling campur2, nak pakai sabtu dpn (1 okt) majlis kul 4 pm, sempat lagi ke? Nak pick up mcm jauh je.. kalau pos ok ke? Minta emel detail segera..

    • admin says:

      Salam puan Azlina, insyaAllah boleh. Minta puan isi borang Pre Order yer. Nanti kami confirmkan dan keluarkan dengan quote yer. Terima kasih =)

  11. Nor Harmimi Ab Rahman says:

    Salam,
    Mcm mane saya nak buat tempahan untuk pam polkadot ni… 100 biji…
    Saya kat area Subang Jaya… Sila email kan saya detail yer..

    Tq.

  12. nurul munira says:

    salam…saya nak order 50pcs filling kaya, coklat, strawberry untuk jumaat pagi..tapi saya rasa nak ambil khamis malam area pinggiran usj..color macam mana?boleh buat colorfull ke?

  13. syu says:

    saya di kelantan…
    kalau dia tahan 3-4 hari…alamak
    sempat ke?…

    • admin says:

      Salam Puan Syu =)

      Kalau puan nak tahan lama, kami boleh buat guna bahan pengawet sikit. Boleh tahan dalam 2 minggu =)
      Selalunya kami guna pengawet untuk majlis2 yang [erlukan apam dalam kuantiti yang besar =).

      Kalau puan berminat boleh jer. Tapi kalau kelantan kami guna khidmat pos laju =)

  14. nora says:

    Puan, nak tanya apam yg 40sen sebiji tu size kecik ke yg besar? kalau yg kecik tu 40 sen
    yg besar brape lak? tima kasih..

    • admin says:

      Salam Puan Nora, salam keceriaan =)

      Boleh saya tahu apam yang mana puan maksudkan? harga apam kami yang paling latest:
      50 biji = RM20 sahaja
      100 biji = RM33 sahaja
      >500 biji = RM 0.30/biji
      >2000 biji = RM0.27/biji

      Dah takder yang harga RM0.40 =)

      Terima kasih

  15. nora says:

    salam ceria gak(sambil garu kepala)..

    maksud saya apam tu 50 biji-$20 kann…maknanye jatuh harga sebiji 40sen.
    betul tak?
    puan ada tunjuk 2 jenis cwn yg digunakan utk mengukus apam tu dlm blog ni. yg besar dgn yg kecik.
    so, puan buat yg utk harga tu guna yg mana?
    paper cup yg puan guna tu saiz berapa?
    nak agak berapa besar apam tu jee…
    maaflah kalau buat puan pening.

    • admin says:

      Owh hehe…kami tak kira gitu =).

      Kalau 50 biji – RM0.40/biji
      Kalau 100 biji jatuh cuma RM0.33
      Kalau 500 ke atas RM0.30 sahaja
      dan kalau 2000 ke atas RM 0.27 jer =)

  16. shafy says:

    if i nk wat design or tulis2 name atas apam tuh bole x? u charge based on ape ye?

  17. zatiey says:

    comeynya….

    sy nk tempah tuk door gift…majlis on 27 nov 11…

  18. fara shadli says:

    salam,
    kalau nak tempah 3000 biji apam polkadots berapa harganya ya?
    and boleh ke hantar dekat bandar baru bangi?

    • admin says:

      Salam Puan Fara, insyaAllah boleh jer =) cuma boleh kami tahu bila tarikh nyer? Dan bila nak ambil? Minta jasabaik puan untuk isi Borang Tempahan yer nanti kami beri maklumbalas tentang tempahan puan =). Terima kasih

  19. wans says:

    postage kira macam mana?

  20. mohd rasib says:

    bagi yg tinggal di kawasan KL, penghantaran by Pos Laju juga ke…?

    • admin says:

      Salam en Rasib, terima kasih bertanya =).

      Untuk KL, kami ada cawangan di Damansara dan Kami boleh buat penghantaran di kawasan Kota Damansara. Kalau tuan tempah lebih dari 400 biji, kami boleh sediakan penghantaran ke alamat encik dengan sedikit cas penghantaran mengikut jarak. Kalau kurang dari 400 buat masa sekarang kami terpaksa menggunakan khidmat pos laju.

  21. mohd rasib says:

    bila saya boeh order…? x sabar nak rasa, mesti sedap……
    anyway saya dah isi borang tempahan….

  22. mira says:

    salam kak,
    sy mira,b’minat nk amek 200pcs ladybug type for my engagement on 2o nov 2011, sy stay kt old klang road,akk ley antr quotation x?? just pm to my inbox..tq

  23. ungku shahnaz binti ungku mahmood says:

    wahai en admin! bila lah nk reply email sy nie, dah boleh confirm kan tempahan sy tak? sy dah x sabo nk mkn nie…..cptlah yerrr… nk bank in duit dah nie….

    • admin says:

      Maaf Cik Ungku Shahnaz kerna kami dah pun reply email cik. Insya allah cik akan dapat apampolkadot yg chomel2 itu pada 12 November nanti ya :-)

  24. azza says:

    salam kak,

    klu nak tempah n ambl jumaat ni smpat lg x?nk bw blk tganu..hihi..bru terjumpa page ni=)nak pick up kat giant sec13..

  25. mohd rasib says:

    saya masih belum terima pesanan yang di tempah untuk 28/10/11….ari ni dah 31hb….ada masalah ke?

  26. masniyah says:

    hai admin…klu sya nk tmpah untuk 10/11/11 boleh lg x? klu hntr di bkt jalil bape caj?

    • admin says:

      Rasanya kami dah reply email / pertanyaan Cik Masniyah via email siang tadi ya :-)

      Insya allah kami akan cuba penuhi tempahan cik itu nanti :-)

  27. masniyah says:

    mcmana ngan tempahan sya ni xdpt maklum balas lg pun?

    • admin says:

      Salam puan,

      Maaf sangat2 sebab lewat reply huhu…

      Em kami masih lagi tengah susun tempahan sebab tempahan pada tarikh tersebut sudah penuh, tapi kami akan berusaha untuk membantu.

      InsyaAllah saya akan kasi feedback kepada puan secepat mungkin. Terima kasih dan maaf yer puan.

  28. masniyah says:

    tq……harap2 sgt boleh yer….terliur dh tgk ni…..

  29. masniyah says:

    salam…..mcmana dgn tmphan sya ni….leh terima lg x?klu blh nti sya nk apam 2 ltk ckit bhn pngwet yer…..dpt thn lma ckit…ni nk wat gift majlis kawin….tq..

  30. masniyah says:

    salam admin…slmt hr rya…mcmana ngan tmphan sya 2…dh dh stju tukar ke apam polkadot jer

    • admin says:

      Selamat Hari Raya Aidil Adha jua buat Cik Masniyah……kami sedang berusaha keras untuk memenuhi tempahan cik itu ya.

      Insya allah dalam masa terdekat, kami akan berikan jawapan via email ya :-)

  31. masniyah says:

    ohh ok tq :-)

  32. masniyah says:

    salam admin…klu sya ltk apam2 2 dlm peti ais nti,perlu x saya kena kukuskn semula utk thn dlm masa 4@ 5 hr? klu sya ambl mlm esok thn x mkn hari ahad?

  33. reen says:

    Salam…nak tanya tarikh diperlukan tu adalah tarikh tempahan dihantar ke?

    • admin says:

      Salam puan reen, tarikh diperlukan adalah tarikh puan perlukan apam itu hadir hehe…kalau puan guna khidmat pos, kami akan pos sehari atau dua hari sebelum tarikh diperlukan =)…semoga jawapan saya membantu =)

  34. reen says:

    Salam
    Nak tanya tarikh diperlukan tu adalah tarikh tempahan dihantar kpd customer ke?

    • admin says:

      sekiranya puan menggunakan khidmat pos, kami akan cuba menghantarnya (pos) sehari sebelum dari tarikh yang diperlukan. Dan sekiranya puan memilih delivery by hand, kami akan menghantar pada tarikh yang dinyatakan =)

  35. LIN says:

    kalau apam tu di simpan dalam peti ais…(jumaat malam sabtu) ..agak2 apam tu bole tahan sampai hari ahad tak?

  36. diana says:

    salam..
    sy nak order 1000pcs polkadot y kecik2..
    1. perasa blueberry
    2. coklat
    3. strawberi

    campur2 pon xpew..
    utk cenderahti perkahwinan pada 12/2/2012
    n harap dapat awal sehari dr tarikh 2..
    lokasi sy di Gemencheh, Negeri Sembilan

  37. ct says:

    Salam.

    Pertanyaan:
    1. kalau send ke sarawak untuk 400pcs, berapa rm postage?
    2. apam boleh tahan lama tak kalau postage ke sarawak? tarikh majlis 11.12.2011.

    terima kasih. :)

    • admin says:

      Waalaikumsalam,

      Kami kena check dulu dgn courier service kos penghantaran 400 pcs apam ini ke Sarawak ya Cik ct. Nanti kami akan maklumkan kembali kos nya :-)

      Kami harap cik ct dapat isi dahulu borang tempahan yer :-)

  38. jat says:

    dh naik hrga ka?bla naik??

  39. Reen says:

    Salam, saya nak order apam 400 biji. ambil di Damansara Jumaat pagi 23/12/2011. Tempahan masih diterima ke? lagi 1, boleh tak minta design polkadot tu besar sikit. Nanti saya emailkan gambar contoh.

    • admin says:

      Waalaikumsalam,

      Insya allah kami akan cuba slot in kan tempahan cik. Harap cik dapat segera isi borang tempahan agar kami boleh susun tempahan dengan segera.

      Insya allah kami akan usahakan design yg cik inginkan tu. Jangan lupa emailkan sekali gambar contoh semasa isi borang tempahan tu ya :-)

  40. izzfaizah says:

    boleh tanya, cara pembayaran macam mana ek??

  41. shuhada says:

    salam kak…
    saya nak oder apam dalam kuantiti yang banyak= 1000++
    tapi saya nak oder untuk majlis sya lambat lg..
    31 ogos 2012..
    adakah saya perlu buat tempahan sekarang @ dlm masa sebulan awal?
    takut tak dapat terima tempahan sebab da pnuh..

    • admin says:

      Salam puan, terima kasih =)

      Maybe puan boleh isi borang pre order then nanti bila masa dah dekat, then nanti boleh kami hubungi puan untuk confirmation.

      Ok juga sebagai rekod awal kami =)

      InsyaAllah kami akan usahakan yang terbaik =)

  42. REZA ALEEYA says:

    apam smiley face bp ringgit utk 50 atau 100 biji?

  43. Siti Hajar says:

    Asslm…sblm ni sy ada post ‘saya nak’ kat fb apam polkadot tp smpai skrg sy xdpt lg kod diskaun….kat email pun sy ada tnya soalan psl kod ni gak tp msih xbblas….

    • admin says:

      Salam Puan Siti Hajar…maaf atas kesulitan yang berlaku…maaf sangat. Rupa2nya komen puan masuk SPAM BOX jadi tak muncul di ruangan yang sepatutnya. Untuk puan Siti, Special Diskaun sebagai tanda memohon maaf. Kod: MAAFSITI10% (10% Diskaun)

      Maaf sangat2

    • admin says:

      Salam Puan Siti Hajar….maaf atas kesulitan yang berlaku…maaf sangat. Rupa2nya komen puan masuk SPAM BOX jadi tak muncul di ruangan yang sepatutnya. Untuk puan Siti, Special Diskaun sebagai tanda memohon maaf. Kod: MAAFSITI10% (10% Diskaun)

      Maaf sangat2

  44. shuhada says:

    salam…
    saya dah dapat kod diskaun tu,
    tapi saya nak tempah utk bulan 8 ni..
    valid diskaun tu untuk 3bulan shaja kan..
    boleh tak kalau saya tempah sekarang dan gunakan diskaun tu?
    nak tempah utk 3000pcs..
    harap dapt gunakan diskaun tu..
    plz…

  45. ZATI says:

    150 BIJI BERAPA RINGGIT PLUS POSTAGE ?

    • admin says:

      Salam Cik Zati,

      Harga 150 biji apampolkadot = RM52.50 + RM15.00 (postage)
      Jika 150 biji apam ladybug / angrybird / bees = RM63.00 + RM15.00 (postage)

  46. ctnuraine says:

    macam mane nk jd agen? hkay_pink@yahoo.com

  47. wiyah says:

    salam,

    saya nak tnye kalau saye nak tkar apam ladybird kpd apam polkadot boleh tak?
    yang lain sume same..cume tukar tu jew..
    reply cpt ckit eh..boleh ke tak..sbb saye nak bank in…

    • admin says:

      Waalaikumsalam,

      Insya allah boleh tapi harap cik dapat reply pada order form yg cik submit pada kami tu ya agar kami dapat take note segera :-)

  48. ruzila zainal says:

    camne nk buat dot dot kat aam tu..? guna adunan yang telah di letak perwarna atau letak perwarna sahaja?

  49. fazi says:

    salam… sy tnya admin apam polkadot, ada tak cawangan apam polkadot sekitar klang dan kat mana??

  50. fieza says:

    Assalam,
    Nak tanya,untuk buat dot2 @ design kat apam tu pakai piping beg jgk ker?..
    Pastu guna adunan yg colour kita nak @ just guna pewarna jer (means tu x payah + aper2 ker)?..
    sorry bnyk btanya..nak blajar buat sendiri sikit2..anak saya excited nak blajar masak apam comel katanya..

    • admin says:

      Wassalam…

      Nak buat dot2 tu guna beg piping tp di hujungnye cuma potong sket supaya lubang tu jd kecil utk dptkan dot2 yg comel. Aduan dot2 hanya tambahkan pewarna shj dan kepekatan warna terpulang pd citarasa sendiri. tp seeloknya jgn terlalu pekat…sedang2 saje ;)

      Selamat mencuba ya!!! :)

  51. nurul huda says:

    boleh tak sekiranya saya ingin menempah apam polkadot sebanyak 300 biji untuk kenduri arwah dapa 11/05/2012..tolong reply saya secepat mungkin.

  52. ERIN says:

    sy nak order 100biji bleh x?nak amik 6/6/12 nie..

    • admin says:

      Salam Puan Erin….mohon maaf sgt2 atas kesulitan yang berlaku…. Rupa2nya komen puan masuk SPAM BOX jadi tak muncul di ruangan yang sepatutnya.Untuk Puan Erin, Special Diskaun sebagai tanda memohon maaf. Kod: PERSONAL DISKAUN 25% (25% Diskaun). Harap ia dpt menceriakan hari puan. Salam keceriaan =)

  53. Munira says:

    Hi dear,
    May i know the price for 1pcs if i would like to order for 1800pcs on 24/11/12??
    Is there any discount or special price?
    Kindly advise

    • admin says:

      Dear Mrs Munira, the price for a piece of apam polkadot is RM0.33 and RM0.38 for other design. We do offer special discount for the first time visitor. For more details regarding the quotation, may I request to fill in our pre order form: http://apampolkadot.com/borang-tempahan/.. Tq.. Hope to hear from u soon. Salam keceriaan =)

  54. nurhafizah aniza sani says:

    mcm mana nak jadi agent…pm me boleh

    • admin says:

      Salam Puan Nurhafizah, terima kasih kerana berminat untuk menjadi agen. Namun buat masa sekarang, kami masih belum bersedia untuk terima agen buat masa terdekat. InsyaAllah apabila kami dah ready nanti, kami maklum yer puan. Terima kasih dan maaf sangat2.

    • admin says:

      Salam Puan Nurhafizah, terima kasih kerana berminat untuk menjadi agen. Namun buat masa sekarang, kami masih belum bersedia untuk terima agen buat masa terdekat. InsyaAllah apabila kami dah ready nanti, kami maklum yer puan. Terima kasih dan maaf sangat2….

  55. Faten says:

    salam… sempat lagi x sya nak order apam. nak ambil ari selasa (14.08.2012)

  56. Lina says:

    Salam,
    Kalau saya nak tempah 50 biji untuk makan2 di ofis selasa nanti (18/09/2012) sempat lagikah? bagaimana dengan penghantaran?

  57. Lina says:

    Maaf, ofis saya di Parcel E, putrajaya..

  58. samsiah zahrol says:

    Salam.admin.boleh x saya ingin bertanya dan dptksn info tentang bahan pengawet yg apampolkadot.com gunakan unt bg apam tahan lama.saya juga pembuat apam polkadot kecik2 lan je.sbb ada kawan2 yg order untuk mjlis da kn hntr by pos.daya mohon maaf
    Maaf jika soalan saya ni lari dr soalan yg sepatutnya ditanya dlm ruangan ni.itupun jika tidak mnjadi halangan pihakdmin untuk membalas pertanyaan saya ini.hnya Allahs.w.t shja yg akan membalas jasa baik dari pihak apampolkadot.com.

    • admin says:

      Salam cik Samsiah. Kami tidak menggunakn sebrg bahan pengawet utk pembuatan apam. CUma yg dpt membantu utk mengekalkn ketahanan apam adalah faktor cara penyediaan & persekitaran. Kena bersih & tak panas. InsyaAllah apam boleh bertahan 3-4 hari drp hari apam dibuat sekiranya letak di luar.
      Kalau masukkn ke dlm peti ais, InsyaAllah semggu masih lg boleh dimakan. TQ =)

  59. syazwani says:

    saya nak buat tempahan untuk area kelantan.. dan sebelum saya tempah,, boleh x saya nak rasa dulu?? dan berapa harga untuk buat tempahan tersebut??

  60. shikin says:

    Saya ada terima email dr phk pengurusan.
    Saya akn collect pada ahad di damansara damai sebelum kul 4.
    Cuma nak buat pembetulan : jumlah keseluruahn 300 biji, flavor, strawberry, coklat, blueberry
    warna-warni tp lebihkan purple jugak selaian hijau and pink
    ok thanx

    • admin says:

      Kami dh updatekn tentang permintaan cik Shikin ke cwgn Dsara Damai. Mohon cik Shikin dpt semak email utk sebrg update drp kami ye. Salam Maal Hijrah. Tq =)

  61. Shikin says:

    TQ Admin. Saya tlh dpt mklumat drpd pihak pgrsn. Tapi, saya ingin membuat adjustment, sila tmbh flavor oren juga ok. Saya akan collect esok di Damansara Damai sebelum pukul 4 ptg.

  62. Insyirah Iman says:

    As salam kak..

    saya nk tempah 100 biji apam lady bugs and nk pick up kat Keramat Permai Business Centre pada 21.12.12 (Jumaat). Kerana birthday party anak perempuan saya 1 tahun adalah pada 22.12.12 (sabtu). boleh ke akak terima tempahan ni?

    pls reply asap ye kak. really appreciate. tq so much.

    • admin says:

      Salam puan Insyirah, maaf sebab kat Keramat Permai hanya office SBZ sahaja. Pembuat apam kami berada di cawangan-cawangan yang disebutkan dalam menu Soalan Lazim. Puan boleh semak alamat cawangan yang terdekat yer =)

      Terima kasih dan Salam Ceria =)

  63. ms mah says:

    kenapa cawangan sek.7 shah alam takde dlm borang tempahan?utk self pick-up di cawangan.tq:)

  64. siti uzaliah binti mustapa says:

    Tadi sy dah hantar jenis apam kalau nak tukar mcmna?.. nak tukar dari jalur kuning ke pokaidot. Jumlah sebenar pokaidot 200

    • admin says:

      Salam puan, terima kasih =)

      Maklumat tempahan puan dah diterima td. Puan maksudkan nak tukar yang nie yer: “kuning jalur coklat (mcm dlm wall) = 100″ ? Jadi puan nak tukar yang jalur2 kepada polkadot la yer?

      Just nak confirm =)

      Salam ceria =)

  65. siti uzaliah binti mustapa says:

    mcmna sy nak sample boleh datang kat cawangan yang terdekat nak tengok dan beli beberapa biji apam?

    • admin says:

      Salam Puan Siti, boleh jer =)

      Tapi untuk satu adunan min 50 biji. Tapi pada 5 Jan nanti kami ada tempahan di Cawangan Pandan-Indah, jadi kami boleh buat lebih dalam 10 biji sebagai tester, RM 3.50 jer untuk 10 biji. Kalau puan berminat untuk ambil 5 Jan nanti kami boleh buat lebih =). Mohon maklum yer. terima kasih =)

  66. Nisa Nabila says:

    Assalamualaikum,
    Jikalau saya ingin menjadi agent apam ini bagaimana eh?
    boleh PM saya pada email saya? bellebellenash@yahoo.com

    • admin says:

      Salam puan Nisa, salam ceria =)

      Terima kasih kerana berminat. Kami sangat2 menghargainya =)
      Namun buat masa sekarang, kami masih belum bersedia untuk buka kepada agen. Namun ianya memang ada dalam rancangan kami untuk mencari rakan perniagaan sedikit masa lagi. InsyaAllah nanti dah ready kami maklum yer puan.

      Maaf dan terima kasih Puan Nisa

  67. hazlin suraya says:

    AsSalam Admin,

    Saya nak tempah untuk buat doorgift wedding saya 23 November 2013 nanti. Sekarang dah boleh tempah ke?or is it too early? Saya duduk di Pandan Indah, tapi wedding di Pahang. Kalau majlis hari sabtu, tapi saya pick up hari Khamis, by hari sabtu apam tuh okeh lagi tak?

    • admin says:

      Waalaikum Cik,
      Trima kasih kerana sudi membuat tempahan dgn pihak kami apampolkadot.com.
      Untuk tempahan bulan November, Cik boleh buat tempahan sekarang. Kami akan sentiasa follow up mengenai tempahan Cik. =)
      Jika kenduri Cik jatuh pada hari Sabtu, Cik boleh pick up tempahan Cik pada hari Khamis, namun kami cadangkan supaya apam tu ditempatkan didalam peti sejuk (bahagian chiller) sesampai sahaja Cik dikampung, supaya apam tahan lebih lama.

      Diharap jawapan kami telah menjawab persoalan Cik yer….

      Trima kasih Cik… =)

    • admin says:

      Waalaikum Cik,
      Trima kasih kerana sudi membuat tempahan dgn pihak kami apampolkadot.com.
      Untuk tempahan bulan November, Cik boleh buat tempahan sekarang. Kami akan sentiasa follow up mengenai tempahan Cik. =)
      Jika kenduri Cik jatuh pada hari Sabtu, Cik boleh pick up tempahan Cik pada hari Khamis, namun kami cadangkan supaya apam tu ditempatkan didalam peti sejuk (bahagian chiller) sesampai sahaja Cik dikampung, supaya apam tahan lebih lama.

      Diharap jawapan kami telah menjawab persoalan Cik yer….

      Trima kasih Cik… =)

  68. mizz izza says:

    untuk raye, ambil order g ke?

  69. mizz izza says:

    Salam…utk raye still amik tmphan g x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>