Memandangkan ramai kawan-kawan yang bertanya tentang resepi Rahsia Apam Polkadot nie, jadi saya rasa elok juga saya berkongsi. Ilmu yang disimpan pun takkan ke mana jugak =)
Jadi, maka bakal terbongkarlah rahsia resepi Apam Polkadot yang telah disimpan sejak zaman berzaman nie hehe…

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)
Langkah-langkahnya:
Mudah jer… =)

Krew ApamPolkadot.com sedang BerDemonstrasi =)
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…
Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan kita yang lain, semoga ianya bermanfaat.












akak nak tanye…
masa nak kukus tu papercup yg dah isi apam tu kena masukkan dalam acuan ke…
Salam Puan Zai =)
Paper cup tu kena masukkan dlm acuan kuih lompang ( acuan yg warna merah tu) …
Harap membantu =)
oooooo……rasie da tebongka
hahaha
ha bole lananti wat ahooo
Hehe selamat mencuba Kiki..nanti post la sini sikit kasi kami rasa dan komen =)
Selamat mencuba =)
salam, masa nak dot-dot tu guna apa bagi nampak cantik?
Masa nak dot-dot tu boleh guna beg piping cuma lubangnya kecil sedikit supaya boleh kawal kebesaran dot-dot tu..
Kakchik, yang dot dot tue guna pewarna yang kakchik rasa suka..tapi kalau boleh kasi matching ngan background..takut2 apam yang comel jadi apam yang comot =)
Selamat mencuba =)
salam,
saya pernah buat apam polk a dot ni.. tapi, saya buat fillingnya terus ke bawah. Jadi apam saya berlubang. habis fillingnya.. ada apa2 teknik sy yg slh ke? atas jadi, tp bahagian bwh pulak mcm tu.
nasha recently posted..Raya Mana Nanti?
berlubang tu sbb ada gelembung udara. utk elakkan ada gelembung udara, cik nasha kena pukul sebati & cuba pecahkn gelembung2 tu dgn lidi sblm masak apam..
awk,nak bubuh dot2 tu guna plastik gak ke?
Aa mcm biasa hehe… =)
gune picagari lagi ump munye
Kalau cik Cinana boleh buat guna picagari, ok juga. Mungkin masa nk buat dot2nya. Tapi mgkin masa nak tekan mcm pressure sikit sbb ada tekanan udara dalam picagari tu.
Boleh guna picagari. Tapi tekanan dlm picagari akan buat agak sukar utk tekan nanti. Kalau utk dot-dot mungkin boleh sbb sikit2 saja. Kalau utk isi dlm papercup agak kurang praktikal.
saya kurang fham lah mcm na nk buat ni..sbb ini lah prtama kali saya nk mncuba resepi ni..resepi yg saya dpt pun saya kurang fham.
=). Mungkin puan boleh cuba sikit2 dulu, try and error =). Tapi kalau berGuru lagi bagus. ACtually susah sikit nak terangkan secara tulisan nie hehe..em kalau puan nak berguru, dekat KL saya ada kenal satu kawan mengajar buat apam. Tapi kalau puan nak buat suka2, maybe boleh try2 tegok camner =). Kalau ada problem insyaAllah, mana yg termampu saya bantu.
Nak tanya… Filling dgn jem tu benda yg berbeza ke? Saya guna jem bluebery letak dlm apam ni. Agaknya sbb tu kot dia jatuh melekat kat papercup bila makan…
Filling merujuk kpd inti. Inti boleh guna jem. Jadi tak menjadi masalh utk gunakan jem blueberry sbg filling. Kalau dia jatuh atau melekat pada papercup sbb jem tu letak ke bawah sgt. Cik Jie boleh adjust tinggi adunan sblm letak filling.
salam,
saya dh cuba.. rasa nya ok.. tapi rupa nye aduh hai…
Hehe ”usaha tangga kejayaan” =). Selamat mencuba puan Nurelia =)
kak saya nak tanyer…filling yg sy buat stil tembus sampai kebawah..kena buh separuh tepung n then buh filling yg sikit ker?
yg kedua..sy nak tanyer..nak buat ladybug tu..warna hitam gune pewarna ape? de jual dikedai2 ker? jenama silver bird ada tak?
Utk soalan cik Mamamia,
1) Cuba picitkan adunan 1/3 papercup kemudian letakkan fillingnya. Kemudian baru tambah adunan utk tutup filling. Filling berbeza beratnya. Ada yg ringan, ada yg berat. jadi kita kena cuba adjust.
2) utk kaler hitam boleh pakai apa2 brand. Cuma dia oil base yg digunakan utk coklat. Ada dijual di kedai2 penyediaan bakeri.
Nak tanyer pukul telur putih tu sampai jadi meringue atau kembang biasa…
Cik Sue pukulkan telur tu betul2 kembang dan putih pun dah ok. Kalau meringue nnt jadi mcm krim plk..
ik Sue pukulkan telur tu betul2 kembang dan putih. Kalau meringue tu putih telur dgn gula. Utk apam polkadot akan guna kedua2nya, kuning & putih telur.
salam. saya nk tanya. 1 adunan dpt brape biji yer. sbb saya try x dpt pon 100biji. dpt dlm 80++ jer. pastu kan filling saya ke bawah melekat ngan kertas. lagi 1 cam ne nak dptkan kaler itam? sbb saya guna kan pewarna oil base black jadi kaler coklat gelap pulak. awak buat kaler itam cantik…
Mmg utk satu adunan boleh dpt dlm 75-80biji sahaja. Cik waty xsilap buat.. kalau filling turun ke bwh tu sbb filling tu agak berat. Boleh control dgn tinggikan adunan sdkt sblm letak filling.
Utk kaler hitam kami akan gunakan pewarna oil base, kalau tak cukup hitam memang dia akan jadi kaler coklat. Sbb tu cik waty kena masukkan pewarna hitam secukupnya.
sekadar kongsi ilmu…
warna hitam oleh juga buat menggunakan jenama starbrand
warna merah + warna biru + warna oren + warna kuning= hitam…
selamat mencuba..
sakinah hj othman recently posted..anak TIMAH kena culik…
Perkongsian yang hebat…
Thanks =)
sy da cuba wat,,thank ye tuan punye resepi..jadi tp mcm kurg gebu @ lembut..cmne ek nk bg lembut..ke mmg apam tu rse gitu..
kegebuan tergantung kpd teknik pukulan. Kena pukul adunan tu lama sedikit semasa bancuhan dibuat. Ambil masa sedikit masa nk sediakan adunan tu utk memastikan apam gebu & lembut.
semalam try,tp tk letak dlm acuan,,terus jd apam kembang setaman,,sbb tk tau kena letk dlm acuan hehe,,rasanye memg best,,huby pun suka,,do;dot pun jd tk cntik,,cmne nk buat jd ladybird tu…huhuh,,guna lidi ke ?
Tahniah puan Chomby, usaha yg penting. Sepatutnya papercup tu diletakkan dlm bekas lompang..heheh.
Nak buat ladybugs guna beg piping je. Buat garisan tengah, design kepala & kemudian matanya. Hope puan Chomby boleh cuba buat ladybugs.
satu lg nk tanya..inti kt dlm tu guna jenis cair or keras..saya guna jem roti..sbb nk beli inti bluberry..pergi kedai kek nk beli inti bluberry,,tp bdk kedai bgtau ada yg untuk letk ats kek je,,topping kan namanya..so cair saya tk beli lh,,takut tk mnjadi,,last2 guna jem roti
chomby recently posted..HILANGKAN KAHAK PADA BAYI
Boleh tak menjadi masalah kalau guna jem roti.
pewarna jenis mana yg paling sesuai…yg cecair atau yg serbuk….sb kalau kaler pudar tak cantik lak…
saya pun nak tahu jugak.. sbb pernah cuba buat tapi warnanya tak cantik macam dlm gambar ni.. yg dot2 tu jadik pudar warnanya.. dissolve.. sbb saya guna pewarna cecair ker..? apa brand pewarna yg dibunakan.. boleh share tak..?
Kedai pembekal bakeri mereka ada botolkan dgn jenama kedai mereka. Pewarna water base boleh digunakan utk apam. Cth yg popular adalah Star Brand. Kalau warnanya larut kena tambah sedikit lagi warna ikut kesukkan cik Siti.
nak tanya ckit, yg perwarna hitam tu cari kt mna ye? sy cari at kdai yg jumpa hnya la esen n perasa..huhu
Pewarna hitam cuma ada yg oil base yg digunakan utk coklat. Cik Chachaieyra boleh dptkan kat bakery shop.
saya nk tanye ckit la.kalo kite gune periuk kukus kecik boleh ke? takpe ke biar adunan tu lame2 kat luar periuk kukus sbb nk tunggu turn utk dimasuk dalam pengukus?
Saiz periuk kukus tak menjadi masalah. Bezanya cuma bilangan apam yg dpt dimuatkan dlm periuk tu saja. Sebelum nk kukus apam, panaskan periuk kukus tu dulu, bg air kukusan mendidih. Baru letak apam. Kukus apam dlm masa 10minit.
boleh saya tahu dimana boleh saya berlajar secara berguru buat apam polka dot ni…
Kami sedang mengaturkan kelas apam polkadot tak lama lagi. InsyaAllah cik Norhayati lawati blog kami dari semasa ke semasa utk dptkan info kelas nanti ye.
Salam.
Jaja nak tanya. Nak try buat apam polka dot ni sebab ramai kawan kata agak mudah and comel2 pulak tu. Tapi kalau tak taruk filling die tu tak pe ke? Kira buat cam apam dewa biasa cuma bezanye ader design polka dot yang comel tu je la.
And, ader tak bahan ganti untuk ovalette? Jaja tak pergi kedai beli ovalette lagi. Mak Jaja cakap senang cari tapi in case tak jumpe, ader tak bahan yang boleh di buat ganti?
Thanks!
Jaja recently posted..Newborn Things
Wsalam cik Jaja. Boleh saja kalau nak letak atau tak filling tu. Ovalette bertujuan untuk memberikan kelembutan dan kegebuan. Boleh cari kat kedai bakeri, mydin & hypermarket.
nk bertanye, mcm mane nk kasi kaler polkadot tu menarik ye? Sy trus amek direct dr botol pewarna tu sangat pekat kaler die (T.T)
Kalau terletak banyak warna dia akan menjadi pekat. Cik cinana cuba titikkan sedikit demi sedikit dulu. Ikut kesukaan kepekatan warna yg cik Cinana mahu. Harap ini dpt membantu.
Assalam…
saya dh try wat apam polkadot nie…1st time saya wat apamnye gebu n lembut… bl kali ke-2 dan seterusnye saya wat dia jd mcm kenyal,rsenye ok tp saya ikt step mcm base je…ape mslhnye?
Waalaikumsalam,
May b masalahnya pada api masa memasak tu. Api tak blh terlalu kecil & tak boleh terlalu kuat ya
nak tanyalah, pewarna jenis apa yg digunakan utk buat apam ni..? ada spesific brand tak..? sbb dah try buat tapi fail bab warna.. dot2 tu tak menyerlah, warnanya pudar sbb saya guna pewarna cecair yang jenis cecair..
Cik Tina boleh guna pewarna Star Brand. Atau sekiranya cik pergi kedai pembekal bakeri mereka ada botolkan dgn jenama kedai mereka. Pewarna water base boleh digunakan utk apam. Kalau oil base pun boleh cuma dia agak mahal sedikit & sllnya diguna utk coklat.
Cik Tina boleh guna pewarna Star Brand yg byk di kedai-kedai. Atau sekiranya cik pergi kedai pembekal bakeri mereka ada botolkan dgn jenama kedai mereka. Pewarna water base boleh digunakan utk apam. Kalau oil base pun boleh cuma dia agak mahal sedikit & sllnya diguna utk coklat.
Terima kasih atas resepi apam polkadot..1st time buat terus jd…hihihi tq..
Sama-sama puan. Alhamdulillah. Kami pun turut tumpang gumbira =)
ovelette- ni ape ek??
Ovalette dikenali sebagai cake stabilizer. Tujuan penambahan ovalette untuk memberikan kelembutan dan kegebuan kpd apam. Tak perlu byk, cuma satu sudu kecil utk satu adunan.
kalau kita tak letak intinya aci tak?..he..he…
hehehe itu terpulang pada tukang masaknya
Mcm mana nak wat ni???mami guna jem stawberry ja..sbb nk cari filling xtau kat mana..pastu jem tu turun bawah..apam lak xmau nek..Tp apam padat..camna tu???mami betoi2 minat benda baking2 ni..chek kata ada tok guru ngajaq kat KL..bleh mami tau???Mami dok Kajang ni ha..Harap dapat tolong Mami..
Harap mami dapat isi borang di link ini agar kami dapat guide mami ya http://apampolkadot.com/hubungi/
Slm. Saya dah try wat kali kedua guna resepi yg diberi dan guna telur gred A sebagaimana disarankan oleh admin. alhamdulillah mmg jd cuma tak le secantik apam polkadot yg dihasilkan oleh pakar apampolkadot nih…ada bbrp soalan saya nak tanya di sini.
1. Pewarna yg digunakan jenis water base ke oil base.
2. Tepung yg diadun perlu dipukul sehingga sebati sahaja ke atau lebih lama.
3. Bagaimana nak elakkan Filling jam dr turun.
harap dpt membantu.
Waalaikumsalam,
Maaf kerna lambat jawab pertanyaan cik salina ni sb asyik sibuk belek apam jer skrg ni
Untuk pertanyaan cik salina ini, berikut adalah jawapan yg mungkin dapat membantu :
1. tak kisah, mana2 pun boleh;
2. pukul adunan hingga sebati & sampai dia jd putih sikit; dan
3. filling mmg akan turun, cuma letak ke atas sket supaya x turun banyak
Assalamualaikum Puan, nak tau mcmmana nak buat apam polka dot & lady bug? Terima kasih.
Waalaikumussalam….
Cik Saprina boleh buat mengikut resepi yg kami berikan. Bezanya cuma designnya sahaja. Kalau apam polkadot, cuma dot-dotkan saja. Kalau ladybugs kena ada badan, kepala & matanya.
Salam,
Dah 2 kali saya cuba buat apam dengan resepi sebegini (bukan dr resepi tuan blog ni tapi sama)..rupa cantik namun hasilnya apam jadi keras pejal cam pemadam plak dan ada bau telur walaupun dah letak perasa vanilla.
Boleh bantu saya

Alin Marlini recently posted..Mee Sup Terbaik!!!
Waalaikumsalam,
Saya rasa better lebihkan ovellette sikit, insyaAllah gebu je apam.
Untuk tak bau telur, boleh dikurangkan dgn buang pusat telur ya (dalam telur putih yg mcm berketul tu).
salamm…saya nak tnye.kenapa saya buat apam polkadot ni dia xnaik ye..dia mcm terbantut jer taw.. Ade apa2 idea nk bg dia naik..
Waalaikumsalam,
Cik Ira, maybe air dalam periuk kukus x cukup panas kot..api terlalu kecik pun maybe jugak, sbb kalo x isi baking powder pun adunan ni tetap akan naik dgn bantuan ovellette, cuma dia akan merekah je kalo x isi baking powder..
Salam…naper bancuhan saye. Naik gelembung2, lau ikutkan bancuhan mmg ikut aturan, mula2 buat dulu…pemukaan nyer licin n cantik jer, skang bile kuar dr tempat kukusan jd belubng2….kecewa sgt2…yg nyatanya bkn dari air titisan,, lepas masuk susu jer gelembung tu naik membuak2
Waalaikumsalam,
ade 2 kemungkinan ya cik muzai iaitu :
1)adunan dah x sejuk mcm mula2 buat, means kalo wat banyak, letak adunan yg belum guna tu dalam fridge, adunan apampolkadot xboleh dibiarkan dalam suhu bilik terlalu lama..
2)susu dah x bape elok jugak akan menyebabkan mcmtu, means kalo susu yg dibuka xbleh lebih 3 hari dalam fridge,(refer pd packaging susu tersebut)
yang lain2 tak tau la, hehe, sy pun bukan pakar
kalo adunan sama, insyaAllah jadi
Saya dah cube resipi ni..tapi apam saya x menjadi la.. Kenapa ia jd besar dan kembang? Ia x kuncup dan x comel jadi nyer…
Cik Asha ada letakkan papercup dlm bekas lompang (mangkuk kecil kaler merah tu…) tak?
Salam,nak tanya, selain masuk dlam bekas kecil lompang tu, boleh x saya letak paper cup dalam cup apam biase,??
Wsalam. Apa maksud cik anis ye cup apam biasa tu? Purpose utk letakkan paper cup dlm bekas lompang tu utk kawal bentuk apam. Nnt apam jadi kembang semangkuk hehehhe.. =D
kalaw x letak ovellete tu xpe ke ??
Sebenarnya xletak pn xape. Cuma apam jadi kurang gebulah nnt. =D
salam…yanty nak tanye…hari tu ada buat apam cumils ni…tapi rupe memang cantik…tapi di akhir2 rase tu ader rasa pahit laaa apa agaknya yer yang silap…sebab dah ikut sukatan…tapi saya letak satu sudu besar ovellate…adakah ovellate menyebabkan pahit
UMI QAYREENA recently posted..LAST DAY TRIP HOLIDAY ANIVERSERRY @ PENANG
Waalaikumsalam, may be pewarna yang kita gunakan tu yang menyebabkan rasa pahit tu ya. Cuba cik Umi kaji balik pewarna yang digunakan
pewarna ` dot dot` tu .. guna pewarna yg botol sama ngn botol vanilla tu ke?? or ada pewarna yg lain? x paham le bab warna utk dot-dot tu….. cdg cuti this weekend nk buat. nk bagi saudara2 mkn…. tq
Packing utk pewarna ni ada pelbagai jenis spt botol kaca atau plastik (bergantung pada jenis brand)
Packing utk pewarna ni ada pelbagai jenis spt botol kaca atau plastik (bergantung pada jenis brand)
Saya ingin bertanya.. filling apa yang digunakan dalam apam? Dan jenis yang bagaimana? Terima kasih…
Kami menggunakan filling yg boleh dibeli di kedai-kedai pembekal bahan bakeri. Sekiranya cik Noraini nk guna jem pn boleh juga.
Saya ingin bertanya… Filling apa yang digunakan dalam apam dan jenis yang bagaimana? Terima kasih…
Salam,
Nak tanye,
1.kenapa kene guna telur sejuk? Kalau gune telur tak sejuk apam jd ape?
2. sye ade bace care2 buat apam dari blog lain tp care nye sedikit berbeza. Contohnye, masukkn telur & gula skali, kemudian baru bahan2 lain. Care macam ni boleh digunakan jugak ke utk menghasilkn apam yg lembut, gebu & sedap?
3. mcm mane nk buat filling tu supaya terletak ditengah2 dan tidak jatuh kebawah?
4. mcm mane nk buat apam supaya tidak ade bau telur bile apam siap dimasak?
Terima kasih.
Salam,
1. Kenapa kene gune telur sejuk? maksud telur sejuk tu adakah dari peti sejuk ataupun telur yg ikut suhu bilik? kalau tak sejuk ape kesannye pada apam?
2. ada sesetengah care membuat apam berbeza seperti telur dan gula digaul bersama sebelum memasukkan bahan2 lain. Adakah cara ini jugak berkesan untuk menghasilkn apam yg gebu, lembut dan sedap?
3. mcm mane nk buat filling supaya berada ditengah2 dan tidak jatuh ke bawah bila apam siap dimasak?
4. mcm mane nk buat supaya apam yg dah dimasak tu tidak berbau telur?
Terima kasih
Wsalam cik Ctnuraine,utk pertnyaan2 cik:
1) Yang kami belajar sdkt fakta, knpa guna telur yg sejuk krn suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria. Kemgkinan ia utk memberi ketahanan apam drp rosak @ berkulat.
2) Cik Ct boleh cuba teknik yg kami praktiskan, gula dikacau dgn telur sehgga kembang & sebati. Kmdian, masukkan tepung & susu secara berselang seli. Jgn lupa letkkan ovalette, sbb ia bahan utk menggebukan apam.
3) filling tu mmg kena adjuz2 sbb adunan apam ringan tetapi filling tu berat sikit. Kena cuba jaya.
4) utk elakkan bau telur, pecahkan telur ke dlm mangkuk & buangkan cecair warna putih krim & boleh juga letakkan sedkt esen vanilla.
Diharap kami menjawab pertanyaan2 cik Ct..Selamat mencuba! =)
nk tnye, knape ble sy pkl telur n gula ade gelembung? gelembung 2 dr mane? ble aduan da siap kat adunan 2 pon ade gelembung. gula sy pkai gula kastor kdg2 gula prai
Kemgkinan terjadi sbb bancuhan tak dipukul sebati. Pastikan teknik yg betul. Cuba pjgkan masa memukul telur & gula. Kemudian tepung & susu di masukkan secara berselang seli. Kami menggunakan gula halus.
saya nak tanya…kenapa bila saya buat dia jadi macam permukaan bulan….tapi kekadang cantik…..camane nak elakkan dia jadi cam tu….
Itu disebabkan udara dah masuk ke dlm adunan. Utk elakkan jadi begitu cik Mimy jgn biarkan adunan yg siap tu terbiar lama selepas dibancuh, kena cepat2 kukus. Atau boleh pecah2kan gelembung udara tu dgn lidi sebelum dikukus. Selamat mencuba =)
asslmualkm..sy nk tnye..kalo buat apam polka dot ney..brpe hri ia blh disimpan?
Waalaikumsalam,
Kebiasaannya apampolkadot ni boleh bertahan 3 – 4 hari dalam suhu bilik & seminggu jika simpan dalam peti sejuk ya Cik Ena
salam, macam mana nak buat untuk hilangkan rasa telur atau yang lebih senang faham hanyir telur. Saya dah cuba buat banyak kali dengan mencampurkan perasa ke dalam bancuhan tapi bila apam sejuk atau hari esoknya apam akan terasa telurnya.
Waalaikumsalam,
Semasa Cik Mariah pecahkan telur ke dlm mangkuk, buangkan cecair warna putih krim & letakkan sedikit esen vanilla ya
SALAM…TEMPOHARI SAYA ADA BERTANYA KENAPA APAM YANG SAYA BUAT BERASA PAHIT DI HUJUNG2 KITA MAKAN.CIK KATA KAJI TENTANG PEWARNA…SAYA TELAH MENGGUNAKAN PEWARNA YG DI JUAL OLEH PIHAK BAKERY THEN NOW SAYA GUNAKAN PEWARNA JENIS STAR BRAND.. ALHAMDULLILAH RASA OEK DAN MENJADI…CUMA SAYA INGIN BERTANYA KENAPA PEWARNA YG DI BELI TIDAK MENRAIK SEPERTI APAM POLKA DOT YG LAIN-LAIN MAKSUD SAYA PEWARNA KURANG MENYERLAH SEPERTI KALAU WARNA MERAH JADI PINK…MNAKALA BIRU JADI HIJAU ..SAYA TAKUT NAK LETAK TERLALU BANYAK DAN AKAN MENYEBABKAN PAHIT..PEWARNA APAKAH YANG BENAR-BENAR TERANG DAN BAGUS SESUAI UNTUK BUAT APAM PLKADORT ATAU YANG LADY BUG…SAYA MINTA CIK MENJAWAB YER SOALAN SAYA…SEKIAN TERIMA KASIH..
UMI QAYREENA recently posted..MOIST COKLET CAKE YUMMY…..
Wsalam cik Umi, ada pewarna tertentu yg kami gunakan jenis oil base. Jadi, warna tersebut tak bertukar kpd warna seperti yg cik Umi maklumkan.
Pewarna star brand merupakan pewarna jenis water base jasi warna melarut ke dlm adunan tepung sbb itu akn dpt warna tak seperti yg kita nak.
Menambah pewarna yg terlalu byk mmg akan membuat apam menjadi pahit. TQ =)
Assalam Nak tanya beberapa soalan:
1. bagaimana rupa pes barter lepas siap? adakah dia creamy, cair atau pekat?
2. kalau kita overbeat telur n gula jadik apa2 tak nanti?
3. nak masukkan filling guna piping bag jugak ker?
4. alternative dot dot atas apam boleh letak apa yek?
Tq sis:)
Waalaikumussalam..
1. Batter paste ke yg cik Shasha maksudkn? Paste @ adunan lepas siap tu kembang & pekat (likat)
2. Tak menjadi masalah. Masa nk beat telur & gula dicdgkan guna kelajuan max (insya Allah gebu apamnya nanti) tp kalau dh masuk tepung & susu guna kelajuan yg min @ sederhana saje
3. Sebaiknya guna piping bag, ada jgk yg guna plastik (case emergency…hehe) tp pastikan hujung piping bag tu kecil saja sbb dpt control nk baut dot2 nnt
4. Alternatif dr segi design ke? kalau design mcm2 boleh buat..ladybugs, angrybird, smiley dsb. Tp kalau bahan lain, terfikir plk kalau letak chocolate rice. Mana tahu cik Shasha boleh try. =
Selamat mencuba!
Saya sudah cuba try buat apam ni. Ok, berjaya tapi apamnya agak keras. Boleh ke saya adjust sukatan tepung gandum.
Cuma cik Iza guna sukatan dlm resepi kami. Setakat ni apamnya gebu2. Klau tak menjadi jgk, teknik perlu diperbetulkan. Pastikan adunan sebati.
salam akak…
saya pernah buat apom ni…tapi cepat berkulat.nape er?
Wsalam, ketahanan apam 3-4 hari. Fator2 kulat jadi faktor kebersihan, kelembapan & pengudaraan. Harap dpt membantu. =)
cara nak simpan apam ni macam ner?
Kalau nk simpan apam, b0leh disimpan di dlm peti sejuk bhgn bawah. InsyaAllah tahan sehgga semggu & masih sedap utk dimakan. TQ =)
dah baca-baca tapi masih x berapa faham gak ni,yang buat dot-dot tu guna pewarna ataupun adunan tadi dicampur dgn pewarna baru kita buat dekonya.
dot2 tu pkai adunan yg dicampur dgn pewarna. contohnya guna dua warna, biru & pink. Utk design nnt boleh buat apam pink dot2 biru & apam biru dot2 pink. juga apam putih dot2 warna biru/pink & apam biru/pink dot2 putih…boleh dpt 6 design apam polkadot =)
salam..sy bru nak try buat apam yg cute nii…ade ape2 nasihat x??
Hehe, usaha tangga kejayaan =). Jangan berputus asa. insyaAllah =)
brape lme apam ni boleh disimpan??
Salam Puan Fifi, insyaAllah sekiranya berada dalam suhu yang tak terlalu panas n tak terlalu sejuk (suhu bilik), 3-4 hari boleh bertahan. Kalau nak tahan lama boleh simpan di dalam frezer…then bila nak makan kasi rebus dulu =)
ouhh..ok..tengs atas nasihat..:) but sy bru 18 thn ..blum puan lagik la…hahaaa..:D
as salam,
Malam smlm, sy try wt apam polkadot mengikut resepi yg diberi. Tetapi, ade beberapa masalah pd apam sy. huhu..
1) Apam jd merkah mcm bunga.
2) Adunan ms nk masukkn dlm papercup tu,susah..tak lembut,susah nk masukkn dlm papercup.. tp, bila dh masak apam tu, lembut je.
3) Lps tu, nk tnya, klu sy gantikn tepung gandum dgn tepung serbuk penaik yg Blue Keys tu boleh tak?
Thanks 4 sharing the recepi..:)
Wsalam…kami cuba menjawab pertnyaan cik Mel.
1) Apam merekah mgkin api terlalu besar, jadi apam kembang & merekah.
2) Utk masukkan apam dlm papercup, boleh guna piping bag. Kalau cik Mel xada piping beg bolhe guna plstik PP biasa & guntingkan bucunya utk picitkan adunan dlm papercup
3) Serbuk penaik utk buat satu adunan apam, 3 sudu srbuk penaik. Nisbahnya perlu betul, jika tidak apam jadi tak cantik & kalau terlebih apam menjadi pahit. Tidak disarankan utk guna tepung naik sendiri. Namun cik Mel boleh cuba.
Semoga berjaya!
Thax 4 d recipe.. dlm byk2 resepi apam ni, website ni paling Superb…

Aeryn Jasmin recently posted..Roses For You Honey… sooo sweet..
Terima kasih puan Aeryn…blog puan pun menarik =)
alhamdulillah terima kasih ats resepi yang diberikan. first time saya buat apam ni mmg menjadik.gebu dan lembut cuma decorate dot dot tak berapa cantik….sebb saya gn picagari…skrg saya sdg belajar tuk buat corak lady bug pula.mudahhan2 menjadi….
Terima kasih Puan, kami sentiasa doakan agar apam yang dihasilkan cantik2 dan yang paling penting adalah Chumeell =)
Kena banyak bersabar, insyaAllah..
Salam,
nak tanya sikit. Gula halus tu maksudnya gula yg halus mcm aising tu ke? or gula biasa je.
Wsalam, gula halus tu bukan gula aising. Ada dijual di kedai. Atau cik nadira boleh guna gula kastor.
Salam.
Saya nak tye, katakan periuk kukus yg digunakan kecil and dapat kukus sikit shja dlm satu-satu masa, perlu ke saya simpan dulu adunan apam yg dah siap dlm fridge (sementara nak tunggu turn untuk kukus). Takut bantat pula kalau biar lama-lama..
Terima kasih.
Wsalam cik Fura, betul kaedah yg cik Fura buat tu. Teruskn usaha ye. Semoga berjaya!
salam..nak tnye..utk buat dot dot tu just guna pewarna semata-mata or pewarna yg kte da cmpur dgn adunan..dah bce komen kt atas tapi masih xfaham..harap akak dapat membantu..tq
Wsalam cik Adawiyah, nk buat dot2 tu guna adunan yg dah diwarnakan. Katakan begini, cik Adawiyah nk buat warna biru & pink. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn, kemudian masukkan pewarna.
Utk itu, cik Adawiyah boleh buat apam base biru, kemudian guna adunan pink utk dot2. Satu lagi, buat apam base pink & gunakan adunan biru utk dot2nya.
Boleh ke dgn explanation ni? Hope dpt membantu
askum……pagi neh dh cuba wat apam neh…..alhamdulullah jadi…cuma…pecah gak la….api kene kecik lg ckit kot….hehehe
Wsalam cik Anis, tahniah krn mencuba. Betul kemgkinan api kuat. Api perlu sederhana saja. Jgn terlau besar, tidak terlalu kecil. TQ
salam…sy nk tanye,cemana nk bg apam gebu mcm mula2 masak…apam sy ni hari 1st masak dia ok…esok dh agak kenyal…nape ye…
Pingback: Di Mana ApamPolkadot.com Dapat Bahan Mentah? | Apam Polkadot
Salam… sy nak cuba resepi apam polkadot ni tp nak tahu dulu utk pengesahan:-
1) telur tu guna size apa?
2) kalu yg sukat pakai sudu tu..lepas isi dlm sudu tu nak kena ratakan mcm ambil btg sudu kita lalukan spy rata atau biar mumbung (mcm ada bukit kecik kat sudu tu)
hrp bg tau. terima kasih.
Wsalam Puan Aini,
1) telur yang digunakan saiz A. Namun sekiranya xjumpa boleh digantikan dgn telur saiz B.
2) penyataan ni kami kurang faham, maaf ye..boleh puan Aini jelaskn semula.
TQ =)
salam..akak..saya nk tnya..knapa stiap kali sy bt apam ni mesti merekah….dh bt guna api kecil la..sderhana la ..n mcm2 sy dh try….last skali sy tmbh tepung br x merekah tp hasilnya apam ni x lembut n gebu..keras plak…buleh bantu x?..trima kasih
Salam Cik Zanna,
Sukatan ovelette mestilah btul kerana terlebih ovelette boleh menyebabkan apam jd terlalu lembut dan merekah.
Selamat mencuba…GUD LUCK…TQ
salam…. saya baru mencuba wat kuih ni… jdi to jdi ade rasa cume agak pejal sikit apa masalah nya yup????…..
Wsalam cik Rozie, pengalaman semasa saya mula2 buat dulu pun sama. Apam pejal & kurang gebu. Dgn pelbagai eksperimen dilakukan. Ada pelbagai sbb apam pejal dr segi pengunaan tepung & teknik juga memainkn peranan. Usaha tgga kejayaan. Mungkin boleh kaju dahulu dr segi penggunaan bahan mentah. Kemudian baru teknik. TQ. =)
mcm mn klu sy nk bt adunan tuk 1kg tepung??smlm sye dh bt apam ni,mnjadi la…first time bt..best laaa..
Salam Cik Suhaila,
Alhamdulillah,teruskan ya cik
ahaaa…apam yg sy bt mrekah jgk…sbb terlbh ovelatte,
Salam Cik Suhaila,
Takpe cik,cuba lagi ya
masalah sy apanm sy mcm tak masak walaupun sy kukus lama sikit lepas tu keras dan rasanya mcm tepung tak masak pada hal sukatan sy seperti yang diberikan…bantu sy sy teringin sanagat buat untuk rumah kanak kanak cacat klang..
Harap cik Maria kontrol api sewaktu mengukus. Seblm masukkan apam, pastikan air kukusan dah mendidih. Semasa mengukus pastikan api tak terlalu kuat, tak terlalu perlahan. Sederhana saja. waktu nk kukus apam tu, boleh tgh drp bubble2 didihan ala2 manja.
Harap cik Maria berjaya utk membuat apam. =)
Tanks… 4 ur resepi…hahaaha pernh tgk org buat tp sendri buat lum cuba g…nti i try k..pape tanks dapat gak resepi …:-)
All d best kami ucapkan. Boleh share hasilnya di fanpage facebook kami. =)
Saya dh brkali2.,masih tak gebu,ada kah susu sejuk?
Bahan mentah yg perlu betul2 sejuk dalam proses buat apam adalah susu & telur. Kegebuan juga bergantung kpd tepung & teknik semasa membuat. Di harap cik Ratimah berjaya utk mendptkn apam yg gebu. =)
Asslamualaikum, cik saya nk mtk sikit bntuan, npe tiap kli saya buat apam, apam saya tak berapa lmbut, ovellte saya da lbihkan susu pun sama, cm ne yew nk lmbutkn apam.
Lagi satu cik apam saya berlubang membuatkn apam saya tak cntik, cmne yer??
Saya nak puaskan hati pelanggan2 saya…tolong yew cik..saya btul2 perlukn
Nasihat dn bantuan dr cik
Terima kasih
Wsalam..
Sbnrnya dlm membuat apam, teknik yg paling utama. Cik Nurul ikut saja resepi apam yg telah kami berikan. Sukatan2nya tu dah betul.
Teknik yg boleh kami kongsi di sini:
- elakkan bancuh apam cuaca panas (pasang kipas / aircond)
- jgn biar bancuhan apam lama di luar sblm dikukus. Boleh juga disimpan dlm peti sejuk
Di harap pengkongsian ini membantu. TQ. =)
macam mane nk elak dr bkulat..hmmm adik sy buat jualan smpena subject k.h dia..xlrt nk wat slalu..sbb pnt blk kerja lagi..huhu..xde ke bhn pengawet supaya apam thn lama skit dlm seminggu lebih ?ade yg ckp masuk dlm peti ais..tp stil bkulat jgk.. =(
Assalam cik Ayu, penyediaan apam sgt mementing kebersihan & suhu sekitaran. Apam sedikit sensitif. Kami xpernah menggunakan pengawet dlm penyediaan apam.
Cik ayu boleh test dahulu, apam pada suhu bilik tahan 3-4hari & dlm peti ais 7hari atau lebih. Sekiranya apam berkulat awal drp waktu itu, bermakna cik Ayu perlu lihat pada 2 perkara penting yg kami highlightkan itu. TQ =)
salam..boleh tahu cik gunakan tepung gandum cap ape ye? saya guna tepung gandum cap kunci. apam nampak gebu tapi tak lembut.dah 2 kali buat hasil yg sama. harap dapat berkongsi..tq
Wsalam, kami gunakan tepung gandum cap sauh. Kalau nk lebih kegebuannya boleh guna tepung super fine (boleh dpt di kedai pembekal bakeri) cuma hrganya agak mahal sikit, dlm RM3++/kg. Selamat mencuba. =)
Assalamualaikum, nak tanya , huhu . Saya dah buat apam ni dalam 4-5 kali tapi setiap kali buat dia punya dot tak pernah menjadi . First try saya guna piping bag, tapi bila kembang dia tak jadi dot , jadi memanjang . And for the second time saya guna pewarna tu bubuh dekat lidi n letak kat apam . Tapi tak menjadi kembang dan dotnya menjadi kecik kecik dan pekat . Adakah pewarna tu kena bancuh dulu ke or apa apa jelah ?. Saya dah buntu nak buat macam mana untuk jadikan dot nya . Boleh mintak tunjuk ajar ?
Wsalam cik Qatratun, kami guna piping bag utk buatkn dot. Semmgnya utk mendesignkan dot mahupn design2 yg lain memerlukn teknik. Latihan yg sll, InsyaAllah akan menghasilkn dot2 seperti yg diinginkn.
Utk membuat dot2 hnya menggunakan drp adunan yg telah diwarnakan bkn direct drp pewarna.
Teknik yg boleh dikongsikn di sini:
1) gunting bucu utk mengedot tu kecil sahaja.
2) picitkan sedikit sblm didotkn di atas tisu contohnya.
3) dah sedia utk mengedot, rapatkn jarak dgn paper cup picit sedikit & biarkn ia keluar sehgga kebesaran dot yg agak2 comel
4) kalau mcm tersumbat tu, ulang no. 2.
All d best! =)
salam. nak tanya
1. boleh tak kukus cup letak dalam acuan cup yang besi mcm buat kulit tart dalam oven
2. kalu guna sudu masukkan adunan dalam cup blh x?
tq
Wsalam cik Nazuha,
1. utk meletakkan papercup tersebut boleh je. beza antara acuan plastik tak menyerap haba, acuan loyang meyerap haba, jadi ada perbezaaan jga utk kadar pengukusannya. Kami pernah guna dulu. Satu perkara adalah kosnya lebih tggi drp acuan plastik. =)
2. Boleh, namun adunan menjadi tak kemas utk masukkan ke dlm papercup nnt, adunan akan melekat-lekat.
lupe ada lagi pertanyaan
-blh tak adunan tadi digantikan esen vanilla dengan pes blueberry dll?
-blh tak ganti esen vanilla dgn perahan limau kasturi?
Assalam cik Nazuha, peranan esen vanilla utk mewangikan apam bg menghilangkn bau telur. Kami pernah tukar dgn perasa ros sblm ini, pn ok. Penah juga mnggunakan esen epal tp rasa mcm pelik sedikit. Mgkin esen blueberry boleh dicuba. Namun utk perahan limau kasturi belum lagi la. Satu perkara ia adalah air bimbang juga akan efekkan pada adunan nnt.
Amaun esen sedikit saja. setitik @ dua titik saja. Apapun cik Nazuha boleh cuba. Mgkin utk adunan yg sedikit. Cuba bahagikan kpd bbrpa bhgn utk test dgn penambah2 esen tersebut. Sbb boleh letak di akhir penyediaan sbelum dikukus.
Assalam cik Nazuha, peranan esen vanilla utk mewangikan apam bg menghilangkn bau telur. Kami pernah tukar dgn perasa ros sblm ini, pn ok. Penah juga mnggunakan esen epal tp rasa mcm pelik sedikit. Mgkin esen blueberry boleh dicuba. Namun utk perahan limau kasturi belum lagi la. Satu perkara ia adalah air bimbang juga akan efekkan pada adunan nnt.
Amaun esen sedikit saja. setitik @ dua titik saja. Apapun cik Nazuha boleh cuba. Mgkin utk adunan yg sedikit. Cuba bahagikan kpd bbrpa bhgn utk test dgn penambah2 esen tersebut. Sbb boleh letak di akhir penyediaan sbelum dikukus. Selamat mencuba. TQ.
salam ..
saya nk tnya , knapa stiap kali saya buat polkadot , ada sikit2 tu ovalete dia akan nmpak dkat prmukaan polkadot tu ?
terima kasih
Wsalam cik Syazwani. cik masukkan brp sudu ye ovelette? Kami masukkan 1 sudu kecil ovelette (saiz sudu kfc). Masa bancuh adunan tu, pastikan ovelette tu teradun sekali dgn kacau/tolak2 ovelette yg terlekat di dinding bowl mixer.
Semoga berjaya
Salam..saya nk tanye kenape kaler apam die x jadi..sy gne pwarna star brand..jadi brape kepekatan yg patut sy gune untk bt apam ni jd cantik?..rase die sdp..tp kaler je x brape cntik
Wsalam..cik Nadrah. Mgkin kena pekat sedikit. Tp jgn pekat sgt ye..nnt apam jadi pahit. Pewarna apa pn ok cuma kadar yg kita masukkan tu biar balance dgn adunannnya. TQ =)
Hye assalammualaikum…saya just nk tnya mne dpat Dot Hitam tu erkkk??the mcam mne nk buat apam tu warna Putih then dye punya Dot Hitam..Saya Bdax skolah lg..kiteorg ada pembentangan memasak..so teringin plak nk buat appam ni..tlong ajar..nk Putih And Hitam…satu lg mne dpat bkas Merah tu??*maklum laa bdax br nk blajar msak… =D harap membantu Cik Admin
Wsalam cik Nadia, utk kaler hitam tu ada pewarna oil base, jenama trans. Tp kalau tak jmpa boleh buat campuran dua warna, hijau tua & ungu. Utk warna putih tak perlu letak apa-apa pewarna.
Semoga berjaya =)
Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
ni saya x paham. explain kn.
selang seli mcm mana?
gaul pkai mixer or senduk ?
begini ye cik Nurul.
1) pukul gula & telur hgga kembang
2) kmdian, masukkan tepung 1 senduk kecil, kmdian susu & kacau. agak sebati masukkan tepung & susu selang seli hggalah habis semuanya sebati. Objektifnya utk memastikan adunan menjadi sebati & elakkan bubble2 =)
Guna mixer utk pukul/sebatikan adunan. kalau senduk lambat pula nnt =)
All d best!
Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
ni saya x paham. explain kn.
selang seli mcm mana?
gaul pkai mixer or senduk ?
Salam…saya nak tanya beberapa perkara..
1) ovelette tu apa ya??kat mana boleh dapat??**sorry tanya soalan eth apa2 coz memg xpenah buat..
2) saya tinggal johor tp misalnya saya nak bawa balik kg area Selangor,boleh tahan x apam ni??**saya takut xtahan untuk simpan seminggu disebabkan suhu kereta sbb perjalanan makan masa..
please bg respon ya..tq!!
Wsalam. =)
1) ovelette tu boleh beli di kedai pembekal bakeri, Mydin pn ada & supermarket besar2 di bhgn rak kek
2) utk perjlnan seharian (separuh hari) tu letakkan apam di dlm kereta, bukannya di bonet. Sampai je ke destinasi boleh simpankn dlm peti ais (bhgn bwh). InsyaAllah tahan semggu. =)
saya nak tanya kenapa bila kita kukus apam jadi kmbang, sdgkan dikukusdgn api sederhana. adakah sebab cup atau lubang pengukus yg besar?
Assalam cik Shahirah, kami menggunakan bekas lompang & papercup yg paling kecil. Apam akan mengikut bekas, kalau gunakan bekas lompang besar ia akan mengembang. =)
salam admin..nak tanya beberapa soalan:
i) sy beli ovalette bentuk serbuk, so berapa sudu ye nk pakai utk 1 adunan? ovalette tu blh dicampurkan terus dlm adunan telur yg dah diputar or kena tmbh air?
ii) klu sy pakai papercup yg keras tu, kena letak dlm acuan jgk ke or xpyh?
Wsalam cik jueriana, mohon maaf sgt2 sbb kami belum pernah jumpa ovelette dlm bentuk serbuk @ tak perasan adanya ovelette tu.
Maksud cik papercup keras yg tebal sllnya warna silver @ gold tu ke? Saranan kami sebaiknya guna papercup yg tipis bersaiz paling kcil. Sebabnya pernah pengalaman kami apam mentah di bhgn bawah. Berkemungkinan masak tak sekata & faktor kos =D
minggu lepas sy ke kedai kek utk beli ovelette, org tu bg yang serbuk..sampai skrg sy xth mcm mana nak pakai..hehe..nmpknye kena beli yg biasa, br senang..:)
tq admin for ur info ye..
Salam puan..
Saya nak tanya, part masukkan tepung dan baking powder di selang-seli dgn susu tu, maksudnya gaul biasa atau menggunakan mixer??
Wsalam cik Zieyan.
Timbang 275g tepung gandum & diayak. Kemudian ayakkan 3sudu serbuk penaik ke dlm tepung tersebut. Masukkan tepung & susu secara berselang seli ke dlm bancuhan telur & gula. Sesenduk tepung, kmdian tuang sedikit sus & kacau. Agak2 sebati masukkan tepung & susu selang seli hggalah habis semuanya jadi sebati. Objektifnya utk memastikan adunan menjadi sebati & elakkan bubble2 =)
Guna mixer utk pukul/sebatikan adunan. kalau senduk lambat pula nnt =)
Tahniah kepada Apampolkadot!
Apa yang saya kagum, setiap persoalan terus dijawab tanpa rasa jemu..ilmu yang dikongsi menjadi ilmu yang bermanafaat. Semoga terus berjaya pada masa akan datang..:)
cara paling jujur..
site lain bahan semua suh cmpak skali.. :/
x sdap la nanty..
kalau tak gune bekas lompang tu gne bekas laen bole ke??
Assalam cik Sue, bekas lompang tu utk meletakkan papercup supaya tak kembang keterlaluan. Kami pernah gunakan bekas2 aluminium yg digunakan utk membuat tart. TQ=)
sy nk tnye knape ble sy buat dot2 tu die tenggelam dalm acuan..so ble da kukus dot2 uh xde..ap masalahnye ye?? harap dapt tolong saye..=(
Cik Hanum buat dot2 tu drp pewarna direct ke drp adunan yg diwarnakan ye? sepatutnya situasi spt tu xjadi. Kalau dpt cik Hanum jelaskn lagi mcm mna cik buat dot2 tu. TQ =)
Alhamdulillah … menjadi… terima kasih kepada puan yang sudi kongsi ilmu… apam yang sy buat memang lembut dan gebu. mendapat pujian daripada rakan-rakan.. dan sekarang ramai yang menempah apam polka dot daripada saya…. semoga Allah memberkati dan dimurahkan rezeki utk puan sekeluarga….. AMIN..
TERIMA KASIH… TERIMA KASIH… TERIMA KASIH
Alhamdulillah puan Sheila, semoga perniagaan puan bertambah maju. Kami tumpang gembira. Mungkin puan boleh berniaga bersama-sama suatu hari nanti. Amin. InsyaAllah =)
sedap nye apam polkadot apabila di makan tapi kita puasa
Hee.. Boleh order apam polkadot kami utk berbuka puasa nnt.. Insya allah dpt menceriakan hari anda =)
salam nama sya anis saya nk tnya kalau nk buat apam ni kena letak ovelette kenapa ye?
terima kasih
Wsalam cik Anis, fungsi ovellette adalah utk menggebukan apam atau lebih dikenali sbg agen emulsifier. TQ=)
Nak tanya, kenapa apam I buat jadi blubang2? Hodoh mcm mars/permukaan bulan yg ade kawah…..sedey..smpai I dah fed-up nak buat. Adakah disebabkan I guna mixer utk pukul telur?? Rasa sedap tapi rupa…hancur. Help me~~~
Salam cik Ann Sue, pd awalnya kami jga alami perkara yg sama. Ini disbbkan udara luar dh masuk ke dlm adunan. Jadi terhasil bubble2 yg akn menjdikan apam berlubang2. Practise make perfect. Bila dh siap, cpt2 kukus. Satu lg faktor yg menyumbang adalah ketika penyediaan apam tersebut. Kena pastikn pukul sebati & tiada bubble2 yg ketara terhasil. All d best ya!
Dh lama anak saya minta buatkn apam polkadot ni,lepas ni sya nk try buat.wish me luck k.insyaallah.
Hehehe…selamat berjaya puan. InsyaAllah kami support yang terbaik. Amin.
Salam puan..sy nk tnya…semasa menyukat bahan, perlu guna sudu metriks atau sukat guna sudu biasa?
Salam puan Marini, Kami timbang guna penimbang biasa tu. Kalau yg sudu2 tu serbuk penaik & ovallette cuma guna sedikit shaja (guna sudu kfc pun boleh) =)
terima kasih puan ..kerana berkongsi resipi ini, kita dah buat 2 kali(guna mixer kecil).. apam naik mengembang tapi taklah gebu sangat,.. kita ayak tepung tu sekali shj…
ptg tadi teringin nak buat dlm kuantiti lebih banyak kerana guna acuan yg lebih besar…gunalah mixer kitchen aid yg besar tu.. guna wire whip utk pukul telur putih dgn high speed(boleh ke puan? atau sepatutnya guna flat beater?)…apabila semua adunan dah dimasukan..ovalette pula ada kat dasar mixing bowl…(camne nak buat ni?).. apabila kuih dikukus ,ia mengembang….tapi terus susut….mengecut n keras!!! aduh mana silapnya puan ? aduh! nampaknya kena guna mixer kecil jugalah!!
pn jika kita kurangkan gula sikit boleh?? sbb manis untuk pesakit kencing manis… jika kurang gula `kegebuan’ apam terjejas tak? terim kasih byk2 puan!!
Hi cik Teo, kami sediakn apam guna mixer biasa saja. Utk beater, cuma guna four blade beater pun dah ok. Semasa nk pukul telur & gula guna speed tggi, tepung & susu guna speed sederhana. Kemudian dah semuanya sebati boleh guna speed tggi balik krn nak pastikan bubble2 tiada dlm adunan (elakkan apam berlubang2).
Ovalettle tu mmg melekat. Kena pastikan ia sebati dlm adunan. Sebaiknya kalau guna stand mixer boleh tolak2 ovalette yg melekat tu. Atau boleh saja tolak2 dgn sudu kpd beater.
Gula yg digunakan boleh guna gula halus @ gula kastor. Tp kedua2 gula tu, xelok utk pesakit kencing manis. Mgkin boleh cuba gula perang. Tp setakat ni kami belum pernah mencuba lagi.
All d best!
askm….jika tak keberatan….boleh bantu sy tunjukkan pewarna star brand tersebut ….dan bagaimana cara membancuhnya…. sy x dapat bayang sbb x pernah tgk mcm mana….harap puan dapat membantu …terima kasih ……………
Wsalam cik Zaireen,
Mula2 bahagikan adunan ke dlm bekas2 mengikut brpa byk warna yg kita nk buat. Letakkn pewarna sekadar 2-3 titik ke dlm adunan (bergantung kpd kepekatan yg kita suka) & kacau dgn sudu laju2. Kalau adunan sedkt, xperlu letak byk2. Kalau terlebih nnt apam akn ada rasa pahit2 sedkt.
Utk cth2 pewarna Star Brand adalah seperti dlm link.
https://plus.google.com/u/0/photos/111973102748388630674/albums/5791962795254850353/5791962797463497106
All d best! =)
salam puan… nak tanya cikit… ada tak bahan lain utk ganti ovallete? jika tak masuk ovallate apam masih mengembang ke ? @ jadi mengecut n keras? tq ^ . . ^
Ovallette adalah bahan penggebu. Utk ganti ovalette kami pernah terdgr drp rakan2 yg guna susu pekat manis. Namun, tak pernah cuba sbb dlm apam dah ada gula. Bimbang pula nnt terlebih manis.
Tp sekiranya cik nak cuba boleh juga, mgkin boleh kongsi dgn kami nanti. =)
salam cik..mcm mana tak nak bagi filing jatuh ke bawah?
Wsalam cik Laila. Utk pengalaman pertama kali mgkin xdpt nk budget tggi mana utk letakkn base kemudian filling. Keberatan filling sbnrnya agak berbeza. Kena adjust2. Jgn tggi sgt. Tp jgn tipis sgt waktu letak base tu. Mmg filling akan jatuh sedkit sbb filling berat drp adunan apam tu. TQ =)
Hi Ms Teo. Kalau tak guna ovalette pn apam boleh gebu. Cuma kurang sedkt drp apam yg ada ovalette. Ada info boleh digantikan dgn susu pekat manis. Mgkin cik Teo boleh cuba. Cuma sukatan mgkin dlm 1-2 sudu shja krn dah ada gula & fresh milk dlm resepi apam.
Selamat Mencuba! =)
gula halus tu,gula castor ker???
Gula halus bkn gula kastor. Utk buat apam boleh guna gula halus ataupun gula kastor. kedua2nya ok. =)
salam…kak, ovellete tu mmg mudah dicari ker? nk dapat mna yer?
Wsalam, ovalette tu melekat (melekit). Boleh dptkn di Mydin pun ada. Di rak2 bhgn kek & bakeri. =)
salam,nak tanya…kenapa saya buat apam polkadot selalu xsma..?kadang2 merekah kadang2 kecut kadang2 jadi ok…
Wsalam cik Anaz, apam yg cik kukus tu letak x dlm bekas lompang. Kalau masukkn dlm bekas lompang. apam akan bersaiz hampir sekata.
(letakkn papercup dlm bekas lompang, kemudian picitkn adunan ke dlm bekas papercup tu)
kalu smpn dlm pti ais boleh tahan brapa lma…maximum..? boleh dak klu sya buat double adunan skaligus….?
InsyaAllah kalau simpan dlm peti ais boleh tahan lebih krg 7hari. Boleh buat double adunan cuma kalau lambat kukus adunan yg last2 nnt berlubang2 sbb dah bercampur udara kecuali kalau cepat2 dikukus. Tq=)
assalam…
terima kasih atas resepi yg di kongsi…
apam saya menjadi gebu & cantik…
cik mmg ikhlas berkongsi resepi muga allah membalas segalanye.
dh banyak sya cuba resepi dr kwn2…tapi x menjadi gebu & cantik seperti resepi yg cik kongsi…
Salam puan, terima kasih atas komen yang diberikan. Kami sangat-sangat berbesar hati kerana puan berjaya hasilkan apam melalui resepi yang kami kongsikan. Semoga ianya bermanfaat kepada puan dan rakan-rakan =). Boleh konsikan dengan rakan-rakan lain =)
Terima kasih dan salam ceria =)
salam cik….
saya nak tumpang tanya,apakah blog cik?
boleh ke cik bagi tau mcm mana sya nak dptkan resepi dr cik selain dr resepi
apam palkodot…sya teringin nak mencuba membuat cheese tat…
boleh ke cik berkongsi resepi cheese tat ngan saya?
Wsalam…
buat masa skrg ni satu2nya resepi rahsia yg telah dibongkarkn. InsyaAllah sekiranya ada, yg lain kami akn postkan ye =)
Asslamualaikum.
Sy nak bertanya, harini saja sudah 3 kali saya buat apam tapi masih tak jadi. Sebelum ni saya ada buat juga dan semuanya menjadi. Entah kenapa apam saya kali ni keras kenyal dan kecut selepas keluar dari pengukus. Boleh puan bantu saya? Buntu dah fikir. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Sy nak bertanya. Harini dah 3 kali saya buat tapi masih tak jadi. Apam jadi kenyal keras dan kecut lepas keluar dari pengukus. Sebelum ni saya ada buat dan semuanya menjadi. Kali ni tak tahu pulak mana silapnya. Boleh tak puan bantu saya bagi pandangan sebab apa apam saya jadi macam ni. Terima kasih.
assalamualaikum,
akak saya nak tanya kenapa apam boleh jadi kenyal keras dan kecut sejurus keluar dari pengukus ye? sebelum ni saya ada buat juga tapi kali ni dah 4 kali saya buat masih tak jadi. agak2 dimana silap saya ye klu boleh akak bantu. berharap sangat. terima kasih.
Salam cik Wani, hrp sukatan2 bhn tu ikut seperti di atas & juga pastikn gula & telur dipukul kembang2 & gebu. Tepung & susu dimasukkn berselang seli & gebu juga. Pukul adunan sebati. InsyaAllah jadi. Hrp tak lupa letakkn ovalette & baking powder utk menggebukan & menaikkan lagi apam cik Wani. TQ =)
Salam.. saya nak bg petua skit boleh.. kalau nak apam tu jd cantik. bila n
kukus, tudung pengukus ndaklah dibungkus dan kain supaya wap air dr kukusan tu x jatuh atas apm am tu. bila dikukus nnt. Selamat mencuba..
Puan Ain,
Terima kasih atas petua yang sangat berharga. Takder dalam buku tue =)
Harap kawan2 semua ‘take note’.
Terima kasih puan =)
salam ceria =)
saya msih tdak faham mcm mne nak buat apam polka dot nie…
Salam cik Farhana. Boleh kami tahu yg kurang jelas di bhgn mana ye? InsyaAllah kami boleh bantu cik. TQ =)
Salam puan,
ada tak sukatan untuk bahan2 seperti tepung tu guna sukatan cawan?
sebab saya lebih prefer guna sukatan cawan.
thank you
Salam cik Lily, ini sukatan cwn yg boleh diganti:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula halus
3 biji telur Gred A (dari peti sejuk)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovellate
150 ml susu segar – kalau boleh dptkn bekas yg bersukat sbb sukatan cecair berbeza mengikut saiz bekas
Pewarna
salam cik..saya dah cuba rsepi nie..apam saya gebu dan sedap…cuma filing jatuh kebawah…saya dah letakan adunan hampir penuh baru letak filing tp still trun kebawah…ada tips x supaya filing xjatuh?
Utk elakkan filling jatuh ke bwh semasa dikukus, pastikan adunan cukup gebu, dotkan apam2 dengan cepat sebelum filling perlahan-lahan jatuh ke bawah.
Cara lain letakkan filling secara melintang dan kukus adunan dengan sesegera yg boleh. Hrp ini boleh membantu cik Laili. TQ =)
salam admin..sy dah berjaya hasilkan apam yg gebu n cute…n filing xjatuh dh…happy sgt..tp sy pelik la sbb sblm masak apam,sy dh panaskan pengukus,tp apam sy xmasak bhgian bwh…yg atas elok je gebu n montel2…blh x admin bgtau knp?api sy bt sederhana je…klu sy kuatkan api,apam jadi merekah bhagian tepi….
Assalam.da cuba mlm td.alhamdullilah jadi tp dot2 dia xcomey mcm apam polkadot buat la.rasa ok kot..(syok sendiri sbb sendiri buat mkn lak sendiri2)…mmg bagus la apam polkadot sudi berkongsi rahsia n tips.xkedekut ilmu..bagus sgt..wpon da try buat sendiri tetap nk order dr apam polkadot jugak sbb rasa dah jatuh cinta dgn apam polkadot ni..hehehehe
salam sis,
baru2 ni saya buat apam polkadot ikut resepi ni la..napa yer bila saya masak apam ni x masak2…lama sungguh nak masak…sampai kan die kecut tapi x masak2…nak kate api kuat api sederhana jew…satu lagi nak tanya adunan dier cair ke pekat yer…saya nak buat lagi takut x jadi lagi …nanti membazir lagi…tolong yer sis bagi tau apa salah say…saya budak baru belajar… terima kasih
Salam cik Sha. Sebelum nk kukuskn apam, pastikan air kukusn periuk dh mendidih dulu. Kemudian baru perlahankn api. Pastikn juga penutup periuk dibalut dgn kain utk elak wap air menitik ke atas apam.
Selalunya apam dah masak kalau keluar wap2 drp tepi tdg periuk.
Hrp kami membantu. Pastikan penutup ditutup sempurna. (byk ye nk kena pastikn… =D)
All d best!
Assalam..
Saya dah banyak kali mencuba resepi ini dan hasilnya masih sama. Apam saya agak keras dan tidak gebu. Tetapi setelah membaca semua komen dan jawapan yang diberikan, saya rasa saya tahu kesilapan saya di mana. Saya akan cuba buat lagi dan akan poskan hasilnya nanti. Kepada admin terima kasih di atas kesabaran menjawab dan merungkai persoalan kami yang baru nak merangkak ni. BarakAllahulakum. Amin.
Salam cik Hatijah. InsyaAllah kami sekdr berkongsi ilmu & pengalaman. Yg baik dtgnya drp Allah. Kami doakn cik Hatijah sukses slps membaca tip2 drp perkongsian kami. TQ =)
salam
kalau saya pakai cup saiz s.. berapa minit waktu kukus saya perlukan… saya dah buat semalam.. tapi mungkin sbb saya pakai pewarna oil base.. rase jadi pahit sikit…
Salam mamaqila. Lebih kurang 10minit begitu. Boleh juga guna tips org2 dulu. Tgk asap (wap2) keluar dr tepi tdg pengukus tu kira dah masak dah, katanya. TQ =)
Assalam admin
SAya dah cuba dan ianya menjadi. Saya minta izin admin untuk post resepi dan petua admin yang akan dirangkum sekali dengan pengalaman saya di dalam blog saya. Terima kasih.
Kepada pembaca yang ingin tahu lanjut boleh lawat blog saya http://www.cahayahaticonfectionery.blogspot.com
Saya akan detailkan caranya ikut yang saya buat dan menjadi. InsyaAllah. Sila follow dan like blog saya jika sudi. Sudi-sudikanlah. Thanks.
Thanks again admin. LUV u …
hatijah salleh recently posted..MIni triffles
Pingback: Cara Buat Apam Polkadot | Blog PakarHowTo
mcmnee cara nk balut kain tu. guna kain mcmne.
Cik Salyna, penutup kukus tu kami gunakan kain cotton yg besar utk balut. Letakkan kain, kemudian letak penutup dan ikat sekali keempat2 bucu kain pembalut tu. Hrp cik Salyna dpt imagine ye. Kalau perlukn gambaran sebnr, inshaa Allah kami cuba usahakan. TQ =)
harap dapat tunjukkan contoh ye. sbb masih tk faham. slps letak kain tu bahagian mana n ikat bucu2 tu mcmne.
terima kasih.
Salam cik Salyna, kami ada emailkn kpd cik. Hrp membantu. TQ =)
Pingback: [Off Topic] Perkongsian Rahsia Teknik Perniagaan Menerusi Medium Blog | Apam Polkadot