Salam Ceria =)
Kami seluruh Krew ApamPolkadot.com ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana saudara/saudari sudi membuat tempahan dengan ApamPolkadot.com

KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
Sehubungan itu, bagi menjaga kepuasan/keceriaan anda untuk tempahan seterusnya, kami perlukan maklumbalas anda untuk membuat penambahbaikan dari segi khidmat servis dan juga produk.
Kami juga SANGGUP menerima KRITIKAN sekiranya anda pernah@sedang mengalami situasi yang kurang menyenangkan dengan pihak pengurusan ApamPolkadot.com ataupun produk kami (sila berikan maklumbalas di ruang komen di bawah).
BONUS
Sebagai tanda berterima kasih kami kerana sudi memberikan maklumbalas, kod diskaun di bawah adalah khas buat anda. Cuma tinggalkan komen/maklumbalas, dan anda layak menggunakan kod diskaun di bawah untuk tempahan berikutnya. Khas buat anda sahaja.
———————————————————————————–
- Kod diskaun: APAM6
*Sah laku (valid) untuk sekali penggunaan sahaja.
———————————————————————————–
Secara keseluruhan, berapa Bintang kami boleh dapat untuk Kualiti, Design dan Rasa apam kami?
#Kami perlukan Vote seikhlas hati anda untuk kami membuat penambahbaikan, dan jangan lupa tinggalkan komen yer =)













Apam sgt sedap dan cute..sgt puas hati
Salam Cik Nur,
Terima kasih atas feedback yang positif. Harap apampolkadot telah menceriakan hari cik.. salam ceria =)
Salam, saya sudah memesan apam 3 kali kot… first two times memang berpuas hati. Tapi yang last skali saya masih tak terima lagi order saya… patutnya arrive semalam.
Salam puan, seperti yang telah dibincangkan di email, kami mohon maaf atas kesulitan yg berlaku. Kami dah inform pihak cawangan dan telah poskan apam yg baru sbg refund. Mohon maaf sekali lagi ye puan.. Salam keceriaan =)
Actually saya order dari Egypt untuk birthday party anak saya. So saya xboleh komen dari segi rasa apam tu mcm mana sebab xrasa. Bab service, you all memang pantas dan cekap. Kalau boleh, tambah additional items mcm teddy bear so saya xpayah nak kerja order tempat.). insyaallah nanti saya order lagi untuk saya rasa dan komen sedap ke x.. apapun good job guys!
Terima kasih En. Mahadi. InsyaAllah kami berikan khidmat yg terbaik. Mgkin En. Mahadi boleh rujuk dgn penerima apam tersebut. Kami sgt berharap dpt menceriakan anak En. Mahadi.
Utk side design, InsyaAllah kami sedang dlm usaha utk menambahbaikkan produk2 yang ada. Terima kasih sekali lagi. TQ. =)
Boleh tahan sedap dan fresh. Hantaran ok so far. Memang menepati masa cuma pakej diterima agak kemek sedikit tapi mungkin salah Poslaju. Pada masa hadapan dapat tukar courier yang lebih cermat menjaga barang..
Terima kasih Encik Shaifful atas komen positif tersebut. Kami mengambil positif cadangan Encik dan akan sentiasa cuba utk mempertingkatkn kualiti apam kami.. Salam keceriaan
Assalammualaikum..
sy menempah apam ni utk first time n so far servis amat memuaskan hati..apam yang diterima sgt cute..saya tak sempat rasa pun..huhu..disebabkan kecomelan apam, abis sume jadi rebutan..mungkin yang filling coklat tu dorg tak berapa gemar kot..mungkin perlu penambahbaikan di situ..maybe coklat tak bape rase coklat sy pun tak sure..pape pun, sy sgt berpuas hati..Terima Kasih..=)
Wsalam Puan.. Terima kasih atas komen positif tersebut. Kami amat menghargainya.. Isu perisa coklat tersebut akan kami cuba usulkan kpd cawangan ye.. Salam keceriaan
Sangat berpuas hati dari segi kualita, rasa dan servis. tq!
Tq Puan atas komen yg positif.. Harap dpt buat tempahan dgn kami lagi ye..Hee
salam.. servis mmg tiptop, pantas, 5 marks on that
rasa pun sedap tp bole improve , kurg suka bau baking powder yg agak kuat, apam surface byk big holes on the dot area..
but insyaAllah, pasti oder lg
Wsalam Puan, terima kasih atas komen yg membina.. Kami akn maklumkn pd cawangn tentang bau baking powder dan holes tersebut. Diharap kehadiran apam telah menceriakan hari Puan. Tq ye:)
salam team apampolkadot yg comel..secara keseluruhan rasa, design,bersih semua in top condition..sy bg 5* dr 6*..tiada yg perfect kat dunia ni kan? hehe…terima kasih krn mnceriakan ofis sy..ofismate kata sume sdap…
pertanyaan: selain polkadot dan ladybug, bleh tak buat design star..cth: utk tema befday party kami, “twinkle star”…;-)
harap dpt membantu..tenkiu!
Salam Pn Norehan, hee.. Terima kasih ats feedback positif tersebut.Kami amat gembira dpt menceriakan hari Puan dan ofismate Puan. Utk design twinkle star, kami blum pernah buat lg namun kami boleh tanyakn kpd pihak cwgn sekiranya mereka boleh buat. Sekiranya Puan ada cth gambar akan lebih memudahkn utk kami fwdkn kpd cawangan. Kami amat berbesar hati utk menerima tempahan Puan lg.. Salam keceriaan =)